Friday, September 3, 2010

Surat Sultan Abdul Hamid Ke-2

Surat ini adalah jawapan kepada tawaran untuk membangunkan semula kerajaan Turki Uthmaniyah oleh Tiodore Hertzel,Ketua Pertubuhan Zionis Antarabangsa dan antara pemimpin tertinggi Freemasonary.Tukaran kepada tawaran itu,Hertzel meminta Sultan Abdul Hamid Ke-2 membenarkan penubuhan syarikat yahudi di Palestin yang bertanggungjawab membeli tanah-tanah terbiar sekitar Palestin untuk dijadikan kawasan pertanian dan penempatan yahudi.


"Palestin bukan miliku,bukan milik bangsa Turki tetapi milik bangsa Arab.Baitul Maqdis pula bukan pula milik bangsa Arab tetapi milik umat islam seluruhnya.Aku tidak akan sesekali menyerahkan bumi Palestin walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka.Simpanlah wang kamu yang berjuta-juta itu kerana suatu hari nanti Khilafah Islamiyah ini tumbang,kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran.Adapun,sekiranya aku masih hidup,aku rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestin dikeluarkan dari Daulah Islamiyah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku. Adakah kami akan membenarkan diri(wilayah-wilayah takluk Turki Uthmaniyah) kami ini semua dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup?"


Kedegilan Sultan Abdul Hamid Ke-2 telah melambatkan kejatuhan instituti khalifah selama 30 tahun.Namun, akhirnya beliau telah digulingkan oleh pertubuhan Ittihad wat Tarraqi yang diwakili oleh 4 orang ahli Freemasion.Rakyat Turki sendiri yang dilatih sebagai anggota Freemasion.

Insyallah,ambillah ikhtibar daripada kedegilan Sultan Abdul Hamid Ke-2 yang berseorangan ketika itu  melawan yahudi bagi mempertahankan kerajaan terakhir islam dan agama islam keseluruhannya...amin..

No comments:

Post a Comment