Tuesday, September 14, 2010

Malaysia dahulu kini dan islam

Persoalan ini sudah lama bermain difikiran aku...
kaitan antara malaysia dengan kesan perjajahan serta pertembungan islam dan agenda yahudi....



ini hanyalah sekadar pandangan...
mungkin ada yg bersetuju dan mungkin tidak...
ianya hanyalah perspektif daripada saya...
dan kita haruslah berfikiran terbuka dan cari apakah solution terbaik bagi menyelesaikannya...

ok....

Pada pendapat saya,sume dispute among political parties kat malaysia ni adalah disebabkan kesan penjajahan dahulu.Satu keadaan yg mana penjajah barat tinggalkan negara kite supaya kite akan bergaduh sesame sendiri...
tanpa mereka campur tangan sendri..

cuba kita bayangkan kenapa penjajah barat sanggup memberi kemerdekaan kepada kita begitu sahaja?

baik hati sgtkah mereka?
kita diberi pelbagai sebab kenapa kita diberikan kemerdekaan
menolak dasar penjajahan baru la seperti yg tertulis dalam buku sejarah kita....
*rujuk buku teks tingkatan 5 untuk maklumat tambahan.

ok...
aku akan ceritakn pada masa bila keadaan ini bermula...
ia bermula apabila kerajaan turki uthmaniyyah jatuh oleh jeneral mustafa kamal attartuk(ejen freemansion),
ia menyebabkan berpecahlah empayar islam terakhr dan wilayah2 nyer berpecah menjadi negara-negara kecil.

based on observation aku, hipotesis yg dpt dibuat ialah  

"semakin banyak negara di dunia ini semakin banyak puak"


ini disebabkan kite disemai oleh sifat cintakan tanah air atau nationalisme.
kita diminta berjuang untuk negara atau negara bangsa.

untuk pengetahuan anda,nationalisme ialah salah satu rukun yg lima dalam freemansion


rukun freemansion

  1. monotheisme-
  2. nationalisme-kebangsaan atau fanatik kepada satu bangsa iaitu yahudi,bertutur dengan satu bahasa iaitu bahasa ibrani dan berjuang untuk mengembalikan tanah air yg satu iaitu tanah air yahudi(palestin).Fahaman ini diambil daripada ajaran kitab talmud.
  3. humanisme-
  4. monotheime cultural-
  5. democratisme-

*untuk rujukan lanjut rujuk buku-Gerakan freemansonry(HJ NIK AZRAN MUHAMED)



ok...
berbalik kepada keadaan malaysia....
di Malaysia,kita boleh katakan yang multiracial country.
Tetapi rakyat malaysia masih berpegang kepada kepentingan mengikut kaum...
ini adalah lumrah...
hal ini sudah berlaku beribu-ribu tahun...
pada zaman nabi kita juga berlaku....
pernahkah kita terfikir kenapa nabi muhammad s.w.t diutuskan di tanah arab?
tempat di mana orang bangga dengan keturunan dan bergaduh sesama sendiri untuk menunjukkan kabilah mana yg lebih mulia...
tidakkah ianya sama dengan ketaksuban terhadap bangsa kita sendiri?


sebelum merdeka,pemimpin2 terdahulu mendapat pendidikan awl di eropah...
otak2 mereka telah dicuci supaya mengikut cara barat...
hasil nyer kita merdeka dengan cara barat.
namun,kita tidak boleh menyalahkan mereka...
sbb antara kita pada masa itu mereka sahaja terpelajar....
dan para ulama masih belum sedar dan ortodoks dalam pemikiran mereka....

Pernahkah kita terfikir tentang sume ini?Atau kita hanya mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh orang lain tanpa sedikit pun menyedari.Rasullulah pernah bersabda:



"Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum"


bermaksud:barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka(iaitu kaum berkenaan)

Penjajah telah meninggalkan perlembagaan malaysia yg mereka yakin pada suatu masa nanti kita akan berbalah sesama sendiri..Supaya kita leka menyelesaikan masalah dalaman daripada memikirkan kepentingan umat islam keseluruhannya


isu2 panas di dalam perlembagaan seperti hak istimewa orang melayu or bumiputra...
isu ini berkali2 diperdebatkan...
namun, tiada jalan penyelesaian...


Apabila 1malaysia diperkenalkan...
ianya satu idea yg baik.....
konsep ni berasaskan prinsip keadilan untuk semua kaum,yg bemaksud bahawa nasib sume kaum akan terbela dan tiada mana2 pihak akan dipinggirkan.Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf sesuatu kaum yg berada di tahap berbeza.

bagi kepada mereka yg idealistik...
mereka akan menyokong konsep ini..
sbb ianya adil kerana tiada kaum yg akan dipinggirkan...
tetapi bagi yg realistik bagaimana pula dengan article 153-Hak istimewa orang melayu
Kuota ini hanya menjurus kepada bumiputra dan melayu...Jika lihat taraf kaum...
cina masih no1 diikuti melayu dan india...
tercapaikah objektif deb dan nbe merapatkan jurang antara sume kaum dengan adanya kuota ini?
dan bagaimana pula nasib bumiputra dan melayu jika tiada pula kuota ini?


ok apa yg cuba dibuat oleh kerajaan ialah
akan masih ada kuota bumiputra tp dlam masa yg sama kaum laen xdipinggirkan....
satu perkara sukar dan perlu diperjelas kepada setiap rakyat malaysia.


adakah article 153 selari dengan islam atau sebaliknya?




"Sesungguhnya Allah swt xkan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"

surah al-ra'd ayat 11


adakah ayat ini bertepatan dengan dasar-dasar kerajaan bagi mengubah bangsa melayu?
ataupun terpulang kepada bangsa melayu itu sendiri mengubah keadaan bangsa mereka sendiri(berusaha sendirian)?

bagaimanapula semua dasar kerajaan mengubah bangsa melayu tidak dicapai disebabkan kealpaan bangsa melayu sendiri?

adilkah bangsa lain menanggung ketidakadilan disebabkan kealpaan bangsa melayu sendiri?

andaikata semua dasar kerajaan diberi sama rata kepada semua kaum...

berapa ramaikah orang melayu atau islam yang berjaya masuk ke dalam universiti?
berapa ramaikah orang melayu/islam dapat bersaing dengan kaum lain?
dan yakinkah orang melayu/islam masih memerintah tempat tanah asal mereka?
masih kuatkah islam ketika itu tanpa kuasa?


mahukah malaysia jadi seperti palestin?
di penjara di tanah sendiri...
ataupun nasib kita seperti red indian di Amerika yg menjadi minoriti di tanah asal mereka sendiri.
pentadbiran negara dipegang oleh pelbagai bangsa yg berhijrah ke sana...




Sebenarnya kita tersepit ditengah2...
seperti kata pepatah ditelan mati mak,diluah mati bapak...
jika kita trus dengan dasar lama, kita bersalah dan jika kita menukar kepada dasar baru kita kalah dan kita pula akan ditindas...

solutionnya marilah kita kembali kepada ajaran islam yang sebenar...
islam yang meminta umat bersatu padu berlandaskan al-quran dan as-sunnah dan mempunyai kiblat yang satu....





Friday, September 3, 2010

Surat Sultan Abdul Hamid Ke-2

Surat ini adalah jawapan kepada tawaran untuk membangunkan semula kerajaan Turki Uthmaniyah oleh Tiodore Hertzel,Ketua Pertubuhan Zionis Antarabangsa dan antara pemimpin tertinggi Freemasonary.Tukaran kepada tawaran itu,Hertzel meminta Sultan Abdul Hamid Ke-2 membenarkan penubuhan syarikat yahudi di Palestin yang bertanggungjawab membeli tanah-tanah terbiar sekitar Palestin untuk dijadikan kawasan pertanian dan penempatan yahudi.


"Palestin bukan miliku,bukan milik bangsa Turki tetapi milik bangsa Arab.Baitul Maqdis pula bukan pula milik bangsa Arab tetapi milik umat islam seluruhnya.Aku tidak akan sesekali menyerahkan bumi Palestin walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka.Simpanlah wang kamu yang berjuta-juta itu kerana suatu hari nanti Khilafah Islamiyah ini tumbang,kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran.Adapun,sekiranya aku masih hidup,aku rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestin dikeluarkan dari Daulah Islamiyah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku. Adakah kami akan membenarkan diri(wilayah-wilayah takluk Turki Uthmaniyah) kami ini semua dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup?"


Kedegilan Sultan Abdul Hamid Ke-2 telah melambatkan kejatuhan instituti khalifah selama 30 tahun.Namun, akhirnya beliau telah digulingkan oleh pertubuhan Ittihad wat Tarraqi yang diwakili oleh 4 orang ahli Freemasion.Rakyat Turki sendiri yang dilatih sebagai anggota Freemasion.

Insyallah,ambillah ikhtibar daripada kedegilan Sultan Abdul Hamid Ke-2 yang berseorangan ketika itu  melawan yahudi bagi mempertahankan kerajaan terakhir islam dan agama islam keseluruhannya...amin..

Tuesday, August 31, 2010

mooting

30/8/2010...
mooting time:10.30 pg
team ali(appellant) vs team arief zackry(abg tiri ali)(respondent)
well...
walaupon kalah...
kalah nyer dengan bermaruah...
actually,aku xksh pon klh ke menang...
sebab....
yang penting,pengalaman berharge yg aku dpt...
sebagai bekalan di masa depan
aku rse paan dan ali pon setuju dgn pendapat aku....
Setelah berhari-hari duduk di library akhir nyer dpt juga team
aku menterjemahkan sume hasil usaha kami dlm sesi mooting...
*walaupon aku xdibenarkan rebut balik huhu
TQ
kepada
team nad(serabut btol)
team nik(rakan custody terbaek)
team fifi(xtao nak describe ape haha)
ats kerjasama yg diberikan dan
sangat senang collobrate ngan korang...

"EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS"













                           
                                  

                                                                                           

Monday, August 30, 2010

my own blog!!!!!

saje je...
tanye je si nik nak buat blog ni cmne...
actually blur nak tulis pe...
haiyyaaa...
buat apa buat blog kalo xreti tulis...
hehehe...
xpe2...
next time leh cite lebih...
sbb hidup ni ade perjalanan...
dan setiap perjalanan ade cerita nyer......